Qorun Moden?

Ada apa dengan "MATERIALISTIK"? Acewah... Selalunya, "Ada apa dengan cinta". Ehhh.... Materialistik ni pun sebuah cinta juga. Tapi, kecintaan tu pada sesuatu yang bernama harta. Kekayaan dan kuasa menjadi keutamaan. Korang semua mesti dah tahu kan maksud materialistik tu. Kalau diikutkan bahasa kamus, materialistik ni maksudnya mementingkan atau mengutamakan kebendaan.

Mata duitan la senang cerita. Zaman sekarang ni penuh dengan orang yang mata duitan. Baik lelaki atau perempuan, semua sama tak ada beza. Dalam 10 orang, mungkin ada 2 ke 3 orang sejenis begitu.


Actually, benda ni bermain dalam fikiran aku bila mak cik kepada sahabat aku sebut, "Dulu fikir perempuan je materialistik, rupanya zaman sekarang ni lelaki pun sama je.". Lebih kurang gitulah. Aku akuinya.


Tidak dinafikan duit menjadi kepentingan dan keperluan zaman sekarang ni. Tapi, itu tak bermakna kita perlu jadi seseorang yang terlalu materialistik. Mementingkan harta pun tak bagus juga. Pentingkan reda Allah kan comel gitu. Hehe. 


Agak-agak korang, apa penyebab wujudnya manusia yang mata duitan?


Ni pandangan aku je la eh. Aku tak paksa korang terima. Dan aku tak suruh korang tolak. Korang boleh amalkan sikap "baca boleh, percaya jangan" sepanjang baca apa-apa di blog aku. Eh, aku tak mempengaruhi pemikiran korang pun masalahnya. Hahaha. 


Berbalik kepada topik kita hari ini. Antara faktor yang menjadi punca manusia jadi terlalu mementingkan material berbanding hal lain adalah kerana manusia ni memang tak reti hidup susah. Jadi, hidup dia akan dipenuhi dengan "duit, duit, duit".


Niat dia nak duit apa? Sebab nak hidup senang dekat dunia. Adakah orang kaya tu materialistik dan semua orang miskin tu tidak langsung memikirkan harta? Of course not.


Orang kaya tidak semestinya materialistik dan orang yang fakir ada juga yang gilakan harta. Kenang sahajalah sejarah Qorun yang awalnya hidup sangat susah. Namun, bila diberi harta, akhirnya dia lupa diri. 


Hinggalah satu masa tiba, dia dan hartanya pun ditelan bumi. Banyak kali aku dengar cerita ni dan setiap kali itu juga otak aku berkata, "Inilah asal usul perkataan harta karun."


Hmmmm.... Korang ada terfikir macam aku tak eh? Ke aku sorang je yang mengada? Hahaha. Abaikanlah. Tak termasuk dalam topik pun. 


Lihat pula kisah usahawan berjaya dan kaya raya, Abdurrahman bin Auf RA yang sangat dermawan. Beliau tak kisah pun harta habis di jalan yang benar, asalkan Allah reda pada-Nya.


Harta pun berkait dengan keimanan. Kalau beriman, kaya atau miskin, tak beri apa-apa effect pun. Tapi, kalau iman pun kita biarkan lapar, nafsu la yang akan mula mendominasi segalanya.


Bila dah nafsu yang menguasai, pasti kita sendiri dapat mengagak keinginan nafsu ini ke arah mana. Dunia. Yes. Ikut nafsu ni puas dia dekat dunia je. Yang sakit derita tu, haa nanti bila dekat akhirat. Ahai, sanggup ke uiiii?


Sebenarnya banyak je kisah orang yang materialistik. Mereka ni antara cirinya adalah tak pernah puas. Selagi hidup, selagi bernyawa, tetap itulah yang dikejarkannya. Walhal, harta tak dapat ikut masuk kubur pun.


Entahlah aku pun tak tahu di mana point aku sebenarnya. Tapi, apa yang aku nak highlightkan adalah sikap materialistik ni bahaya. Kau bayangkan je la. Hari ni gaji kau 1000, kau tak puas. Kau nak pulun sampai gaji kau sebulan 10000.


Benda tak salah pun kalau kau nak kaya, then belanjakan harta-harta tu untuk kebaikan. Ini tidak. Zakat pun kau mengelak. Menidakkan hukum Allah. Lagi parah bila kau anggap semua yang kau ada sekarang, milik kau.


Kau anggap harta yang kau kumpul itu adalah hasil titik peluh kau. Ya, memanglah kau dah berusaha keras. Tapi, hakikat yang tak boleh diubah, rezeki tu dari Allah. Bukan dari usaha kau semata.


Inilah yang dikatakan sejarah mungkin berulang tu. Jika ada Abu Bakar moden, ada pula Firaun moden. Bila ada Siti Khadijah moden, wujud juga Qorun moden. Itu realiti hari ini yang pahit untuk ditelan, tapi kenyataan yang tak mampu disangkal.


Hey you, I belum habis cakaplah. Sabarlah sikit.





Aku belum habis lagi tang faktor tadi. Panjang lagi ni. Bolehlah dalam 10 mukasurat microfsoft word. Okey, aku gurau je. Gelaklah weh. Huhu.



Rasa-rasa pa je lagi yang jadi faktor seseorang jadi materialistik?


Nak tahu apa? Sabar jap. Jangan tumbuk aku.


Faktornya adalah keadaan dan manusia sekeliling. Undang-undang manusia yang tak releven dan tidak adil untuk setiap golongan manusia. Yang sedia susah semakin sempit. Yang hidup senang mula rasa susah.


Undang-undang Allah tak mahu ikut, undang-undang dunia ikut sedap hati sendiri. Bukan untuk memudahkan urusan manusia, tapi untuk menyenangkan diri sendiri. Yang tiada kuasa, terus tertindas tanpa henti.


Materialistik ini adalah sikap yang tidak bagus dan membahayakan. Cuba kita tengok satu persatu ya. 

Materialistik : Mementingkan / Mengutamakan kebendaan

Bila dia jadikan harta dan kebendaan itu sebuah prioriti dalam hidup, dia akan jadi bakhil. Lebih parah kalau zakat pun dia rasa tak perlu dia tunaikan. Orang yang materialistik ni, walaupun dia tak berduit, dia akan cuba tunjuk dia itu berduit.


1 je. Dia nak orang berduit dekat dengan dia, dan dia boleh ambil kesempatan di atas kesenangan. Tiada keikhlasan dalam berteman. Masa kaya susah senang bersama, bila dah susah, kau tanggunglah sorang-sorang. Haa gituh.


Panjang macam tak ada penghujung pula. Lagi sikit boleh kan? Hahaha.


Akhir zaman yang kita duduk sekarang adalah zaman yang penuh dengan pelbagai FITNAH. Pelbagai perkara menekan diri, kadang membuat kita rasa begitu terbeban dan tidak menjadi diri kita sendiri.


Kerana kesempitan, kita boleh jadi kedekut. Kerana kesusahan, kita boleh jadi seorang yang berbeza dari diri kita sebelumnya. Kita tak sedar, saat orang diuji, kita yang sedang mendengar, melihat dan membaca juga sebenarnya diuji.


Untuk kita reda dengan semua ujian yang datang, tak mudah. Kadang, kita tak sedar pun yang itu adalah ujian. Kita tersedar bila kita dah nampak dan dapat hikmahnya. Waktu tu, cuma satu dalam fikiran.


"Maka, nikmat Tuhan yang mana hendak kamu dustakan?" 


Ayat dari firman-Nya dalam surah Ar-Rahman. Diulang berkali-kali agar kita menyedari. Tapi, sudah fitrah kita sebagai manusia, kadangkala terlupa.


Sedakah menjadi nilai termahal saat kita sedang susah tapi masih mampu bersedekah. Kita sendiri sangat perlu. Tapi, kita utamakan orang yang kita rasakan dia lebih perlu. Tidak mungkin tiada nilai. Walau bukan di pandangan manusia, tapi ada di sisi Allah. 


Jangan jadi Firaun moden, Qorun moden, Haji Bakhil moden. Sebab kita ini daie. Jadilah srikandi dan orang yang lebih berguna dalam Islam...


Sekian. Aku dah tak ada apa nak cakap. Kesian korang baca panjang sangat. 

No comments:

Post a Comment