Planner Terabai

Assalamu'alaikum...

Hai korang! Aku nak cerita ni pasal Planner. Korang tahu tak planner tu apa? Alaaa, kalau korang tak tahu pun, korang google je la eh? Aku pun tak tahu macam mana nak terangkan bagi korang faham. Aku tak pakar bab memberi penjelasan ni.

Aku ni "hero" tang memberi ayat kiasan je

Itu pun, cuma kadang-kadang... 

So, boleh aku teruskan tak?

Eleh, kalau korang kata tak boleh pun, aku kisah apa kan. 🤣🤣🤣

Okey, aku ni dulu, first time jadi dropship jual buku. Kebetulan, ada jual planner untuk tahun 2017 sekali. Jadi, aku pun belilah. Kononnya nak try gunalah. Untuk jadikan hidup lebih teratur niatnya.

Aku ingat lagi. Cover planner tu kuning hitam. Cantik sangat. Isi dalam pun cantik dan simple. Tapi, sayangnya... Aku betul-betul tak reti guna benda alah tu. 🤣 Yang aku tahu, aku isi butiran peribadi aku. 

Then, belek setiap bulan aku isi je birthday sesiapa yang aku kenal dan ingat. Tak ingat pun, aku check kalendar phone. Hahaha. Punyalah tahap tak tahu tu. Ada bahagian "To-Do-List", aku main tibai je tulis ikut suka hati. 

Dan akhirnya, planner tu terbiar sepi. Sepi sampai aku pun malas nak tengok. Dan aku jugak ada perasaan yang planner tu buruk benar lepas aku menulis. Itu cerita Planner 2017.

Aku sambung pulak Planner 2018. Aku beli planner 2018. Cover dia warna merah. Tapi, bukanlah sampai sakit mata nak tengok. Sama macam 2017, isi dia cantik. Cuma, adalah beberapa perkara dia upgrade yang aku pun dah tak ingat apa bendanya. 

Apa yang paling aku menyesal, Planner ni langsung tak berusik. Aku tak fahamlah function aku beli, tapi sayang sangat nak mencontengnya. Okey, aku akui. Aku masih tak reti. Lagipun tahun 2016 hingga 2018 ni memang tahun aku macam... Haih entahlah. 

Banyak benda berlaku. Dari adik bongsu lahi, diikuti ayah meninggal :') 

Dah tu bersambung lagi dengan kecelaruan fikiran kerana dilamar saat sedang bekerja jauh dari keluarga. Ceit, tak adalah jauh mana. Tapi, jauh jugaklah. Dalam sejam perjalanan dari rumah aku? Eh, iye iye je ko ni pun.... 

Lagi, tambah aku bertunang, kena pulak pak cik masuk campur hal hantaran. Suruh letak berpuluh-K

Aku okey je nak letak puluh K ni. Kau tengok eh... 

Kkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Haa korang kiralah sendiri berapa banyak K tu. Huruf K. Bukannya jumlah duit hantaran akulah. Wehh melalut sangat dah ni. Back to our topic... 

2018 ni pulak dah kena ujian bertunang. Otak aku makin bercelaru dan tak tahulah nak kata apa dah. Kejap nak kahwin, kejap rasa nak putus tunang. Aku tak tenang! Hahahaha

Dah nak dekat kahwin, baru otak aku stabil sikit demi sikit. Hahaha. Macam sakit mental la pulak bunyinya tu. Aduhai. Tapi, korang tak anggap aku sakit mental kan? 😅😅😅

Dan yes! Aku repeat benda sama. Akhir tahun, aku beli PLANNER 2019. Kali ni lagi MAHAL, lagi CANTIK, lagi TEBAL. 

TAPIIIII.... 

MALANG SANGAT... Aku cuma isi beberapa, then aku abaikan dia. Weh, kesian planner-planner aku semua tu. Mereka terabai. Mereka tak patut berada di bawah jagaan aku. Mereka sepatutnya berada di bawah jagaan orang yang reti memanfaatkan mereka sepenuhnya. Sedihnya kisah planner aku tu semua... T.T

2019, tahun nak sesuaikan diri dengan kehidupan baru. Tanggungjawab baru. Amanah baru. Sebagai seorang isteri, dan juga menantu. Aku bagitahu ni, benda tu tak mudah untuk seorang yang muda seperti aku. 

Even pak cik aku kata, muda sangat aku kahwin. Tapi, dah rezeki jodoh tu Allah bagi dulu, aku nak buat apa kan? Tolak sampai masuk gaung? Memang tidaklah kan. Kata orang, rezeki jangan ditolak. Eh, gatai nau! Hahaha

Hari demi hari.... Dan Planner aku tetap begitu. Akhir tahun 2019, aku kata kat diri sendiri. "Dah, kau tak payah nak beli Planner tu. Bukan kau guna." Yes, itulah kata-kata aku pada diri sendiri padahal aku jual benda tu.

Dan here we are! 2020

Guess what? 

AKU BELI PLANNER 2020

Tapi, come on la! Dah 2020 kan, aku pun berazam nak guna planner sebaiknya. Dapat pulak banyak panduan berguna. Tahun ni semangat gila aku guna planner. Walaupun tak adalah lawa mana aku isi, tapi takpe.

Dan sekarang, persepsi aku berubah. Aku dah nampak. Planner ni memang dah cantik pada rupa asalnya. Tapi, bila kau isi dengan perancangan kau, dengan apa kau nak buat, dengan apa kau dah buat, apa yang kau nak cabar diri 2020 ni, aku nampak ia jadi LEBIH LAWA! 

Aku memang "buta" betullah dulu tu kan? Membazir pulak tu. Kadang puncanya 1 je. Tulisan aku buruk secara tiba-tiba dalam mana-mana ruangan. So, aku nak buat apa? Aku frust. Aku tutup, aku tinggal. 

Macam kalau kita ada pasangan, tapi tak boleh nampak cela sikit pun. Itulah punca tak setia. Jalan akhir yang kita pilih, blah. Tinggalkan semua. Padahal benda boleh bincang, boleh fix, paling-paling pun last nanti still contact atas apa-apa urusan penting. 

Boleh jadi, tolong time ditimpa malang tak berbau ke. 

Okey, aku dah kelaut dalam sekali lagi. Sorry la. Aku memang banyak "cakap" sikit bila menulis ni. Hehehe. 

Tapi, masuk tahun 2020 ni, aura dia lain macam tau. Ceit! Hahaha. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Kehkeh. 

Sekarang, aku dah insaf dan berubah. Pada 1 planner ni, aku curah "kasih sayang", aku jaga belai dia. Isikan dia sepenuh mungkin. Walaupun ada je tulisan aku buruk, pen terkotor, it's okey. Asalkan aku puas. Aku rasa hidup lebih teratur. Aku rasa bersyukur sangat.

Korang, kalau belum pernah guna planner, try la guna. Nak beli online, boleh contact aku. Nak beli kat kedai pun, cari je la planner macam mana pun. Tapi, aku recommend planner yang aku sendiri jual. 

Nama dia PLANNER CANTIK keluaran SYABAB. Ada 8 design cover, isi dalam sama. Tapi, best boleh pilih cover mana-mana berkenan. Untuk tahun ni, aku pilih POLKA ROSE. Dia warna pink gituh. Comel jugaklah. 

Pink bukan favourite aku
Tapi, aku tak pernah benci pink
Kikiki

Aku akhiri penulisan aku kali ini dengan quotes yang berbunyi, If you fail to plan, you plan to fail

Itu quotes dari Planner 2017 dulu lagi. Aku sentiasa ingat ayat tu. Dan Alhamdulillah setelah 3 planner tersia-sia, akhirnya aku tak ulang benda sama untuk 2020 ni. 

Korang, doakan aku istiqamah ya? 

Korang, insyaAllah ada selalu dalam doa aku. Aku tenang, bila dapat doakan korang.

Tolong, simpan nama aku sekali dalam doa korang eh? 

Aku harap, boleh. *smile*

Okeylah korang. Cukuplah sampai sini. Aku kalau dah menulis, susah nak berhenti. Tapi, kalau tak berhenti, aku tak tidur nanti. So, sayonara! Ketemu lagi di entri akan datang okeng... 



If korang ada cadangan nak aku tulis pasal apa, just drop ur comment. InsyaAllah aku ada masa, aku tunaikan permintaan korang. Jangan req benda bebukan sudah. Mana aku tahu, aku share. Apa aku tak tahu, aku katalah tak tahu. Okey? 

Korang... Aku lapar! Hmm. Ya, aku tak dapat makanan pun bagitahu korang ni. Tapi, eh aku nak ngadu, aku punya sukalah. Okeylah. Aku tidur. 

Gudnite korang

Ya, korang dah tidur

Okey, bila aku nak habis ni. 

Hmm. 

Bulan dan bintang jauh di atas langit. Kadang terang bersinar. Kadang, tidak kelihatan. Tapi, doa sentiasa berkilauan. Walau cahayanya tidak dinampakkan. 

Salam sayang, 
Aku

Who? Ai Nuraz here! 

No comments:

Post a Comment