Assalamu'alaikum...
Dalam entri kali ni, tak ada apa-apa pun. Aku cuma nak kongsi luahan hati aku je. Acewahhh.
Kadang-kadang, aku pun rasa down tanpa sebab yang munasabah. Entah kenapa, tiba-tiba je rasa semua benda tak kena. Mood tak ada. Rasa orang sekeliling benci. Rasa macam semua orang bercakap pasal diri. Sampai satu tahap, rasa diri sendiri tak berguna.
Rasa diri jahat. Rasa diri ni macam, haih entahlah tak tahu describe. Rasa tu macam, lebih baik aku tak ada dari ada. Haa gitu la...
Kadang tu, trigger bila orang cakap/tulis sesuatu. Tiba-tiba je rasa macam, "Eh, dia cakap pasal aku ke?"
At last, aku rasa elok aku diam. Menjauh. Menyendiri. Lepas tu, mula cakap dekat diri, berubahlah wahai diri. Berubahlah. Sampai bila nak jadi macam ni? Silalah berubah. Tolonglah berubah.
Kerana, di akhir pada setiap perkara, aku selalu salahkan diri. Tapi, banyak kali aku cuba tanamkan semangat. Setiap kali itu juga, aku rasa mudah sangat nak gagal dan jatuh lagi.
Aku rasa tak nak fikir apa orang cakap, tapi aku tetap terfikir-fikir. Susah nak lawan. Susah nak halang. Sangat susah. Akhirnya aku cuma mampu sendirian.
Aku rasa sakit, tapi aku tak nak orang tahu. Aku rasa tak mampu, tapi tetap tahan diri aku.
Itu apa yang aku rasa. Aku tahu kat luar sana ada ramai lagi orang yang rasa lagi teruk dari apa yang aku rasakan. Tapi, aku sendiri pun sedang belajar kawal emosi sendiri. Aku rasalah juga, rindukan diri yang lama.
Diri aku yang lama tu, diri yang ada semangat dan sokongan dari seorang lelaki bernama ayah. Beza tau sokongan ayah dan suami ni. Sokongan ayah ni lebih memahami. Sebab, yalah. Ayah dan anak. Of course la kenal lebih lagi.
Aku ni jadi macam tak ada tujuan hidup je sejak ayah takde. Menulis cerita pun, asyiklah tergantung. Aku rasa perlu sangat. Nak dengar gurauan ayah, kata-kata ayah. Walaupun ringkas, selalu buat aku tenang. Haih, entahlah.
Setiap apa yang ayah ucapkan, selalu bagi aku inspirasi. Tapi, bila ayah dah tiada, banyak impian tertangguh. Banyak juga idea terbiar. Aku tak rasa aku dah cukup move on sebab kenangan selalu dan tetap akan mengekori.
Aku down sebab kata-kata orang je. Mudahnya sebuah kata-kata buatkan aku down kan. Tapi, itulah. Aku pun tak tahu kenapa semakin dewasa, aku jadi semakin hilang keyakinan untuk menukilkan sesuatu.
Aku terlalu banyak fikir apa kata orang. Susah nak hilangkan pemikiran tu. Ada kebaikannya. Tapi, kalau dah berlebih, tak elok juga.
Aku pujuk diri aku... Aku bisikkan kata untuk diri...
Bangkitlah, jika kau peduli dengan dirimu
Kerana tiada orang lain yang lebih peduli padamu
Selain dirimu sendiri
Akan ada berjuta manusia memilih
Untuk membenci kamu
Sebelum sempat mengenali kamu
Dan akan ada yang memilih
Untuk menyayangi kamu
Walau belum pernah bertemu
Satu yang perlu kau ingat
Family pertama, kemudian sahabat
Sebab nanti bila kau terjadi apa-apa
Tak ada siapa-siapa
Dua itu antara yang tetap akan setia
Dan Allah juga
Akan selalu bersamamu...
Bangkit dan kuatlah, Nuraz! Teruskan meniti jalan ini hingga ke garisan penamat nanti. 😇
No comments:
Post a Comment